Pages

Wednesday, February 10, 2010

INSURANS NYAWA

Tekan di sini untuk mula KAJI SELIDIK

7 PERHITUNGAN SEBELUM MEMBELI INSURANS POLISI...

1. GAYA HIDUP & KOMITMEN KEWANGAN
  • Jika anda mempunyai gaya hidup yang berisiko tinggi (contohnya seorang stuntman), memerlukan perlindungan (Sum Insured) yang lebih tinggi. Ia juga bergantung kepada komitmen kewangan anda

2. JENIS POLISI / PELAN
  • Apakah Manfaat mengambil insurans yang dipilih?

3. RISIKO YANG DITANGGUNG
  • Ketahui Risiko apa yang dilindungi dan yang tidak dilindungi?

4. TERMA & SYARAT
  • Ketahui Apa yang tidak ditanggung?

5. PREMIUM YANG PERLU DIBAYAR
  • Premium (belanja) dan kekerapan (setiap bulan/tahun) yang perlu dibayar berbanding dengan Jumlah RM yang akan ditebus kelak

6. SITUASI (DAN CARA) YANG MEMBENARKAN ANDA MEMBUAT TUNTUTAN
  • Contohnya kematian disebabkan accident atau bolehkah menuntut Tebusan kerana kematian atas sebab-sebab lain? Apakah Prosedur dan syarat untuk Menuntut (eg., perlu bayar dulu atau hanya 90% sahaja)
7. UMUR ANDA
  • Jika anda membeli insurans semasa lebih berumur, premium anda lebih tinggi berbanding semasa muda (kerana risiko lebih tinggi)

3 TIPS INSURANS UNTUK ANDA

1. PERLINDUNGAN

BELI INSURANS yang mempunyai PERLINDUNGAN yang TERTINGGI (bertetapan dengan keperluan anda tetapi) PREMIUM yang TERENDAH.  Jangan ianya menjadi sesuatu yang membebankan. Buat kajian kerana Premium antara Syarikat Insurans berbeza-beza.

2. JUMLAH PERLINDUNGAN

SAKIT/ KURANG UPAYA (Kejadian 1)
Perlindungan bergantung kepada Wang yang anda perlu jika anda Sakit Tenat / Kurang Upaya/ disebabkan Sakit atau Accident.  

KEMATIAN (Kejadian 2)
Jika anda mahu keluarga anda mendapat wang selapas kematian, anda perlu memilih Amaun yang perlu untuk mereka meneruskan hidup selepas kematian anda. (contohnya: Jika anda mahu keluarga anda meneruskan hidup seperti biasa selama 10 tahun selepas kematian anda, pengiraan adalah seperti berikut: 
Belanja Bulanan RM1,000 x 12 Bulan x 10 tahun = RM120,000 Perlindungan.  Kemudian kaji premium yang terendah untuk perlindungan ini!)

3. BANYAK ATAU KURANG?
Anda tidak mahu terlalu banyak / terlalu kurang insurans.  Pastikan ia berpatutan dengan apa yang anda perlu jika "kejadian" di atas berlaku.