Pages

Thursday, February 18, 2010

WORKSHOP "KUASAI MINDA...KUASAI WANG ANDA" aka"BUKU WANG SAKU"






"MAMPUKAH ANDA MENGALAHKAN PELAJAR DARJAH 6?" 



Lengkapkan Borang Pendaftaran ini:


Nazran dan Amar 12 TAHUN, adalah dua pelajar tahun enam (dilatih oleh Nazril Idrus) yang memahami dan merekod sendiri Pendapatan, Jualan dan Perbelanjaan mereka setiap hari.  Mereka juga memahami apakah itu "Keperluan" dan "Kehendak" dan "Tabung Simpanan" & "Tabung Impian"...


"Setelah 2 bulan saya telah berjaya mengumpul dan menyimpan RM214 dalam Tabung Simpanan (untuk keperluan jangka panjang) untuk ke Universiti dan RM450 dalam Tabung Impian (untuk kehendak jangka sederhana) untuk saya guna bila melancong ke Australia bersama keluarga saya bulan Mac ini! Saya sangat teruja! Nazran Nazar. Kejayaannya menguruskan wang kerana menggunakakan Buku Wang Saku.




"Buku Wang Saku" adalah satu alat yang terbaik untuk membantu individu terutamanya  kalangan Dewasa, Pasangan dan Anak-anak untuk memahami dan merekod sendiri aliran wang mereka dengan lebih Efektif dan sangat Mudah .

Wokshop yang dilatih melalui "Fun & Energy" ini akan berlangsung pada Ahad 14Mar dan 28Mar 2010.


Jika anda berdepan dengan masalah/ cabaran dalam menguruskan kewangan, pastikan anda mempelajari 4 PERKARA yang UNIK dari wokshop.. 


"KUASAI MINDA... KUASAI WANG ANDA"


1) Memahami MINDA WANG yang perlu ada untuk menguasai hidup dan wang anda.
2) Mengetahui keunikan PERSONALITI WANG bila mempunyai wang di tangan anda! 4 Jenis Personaliti akan anda ketahui dan bagaimana ianya membantu atau tidak membantu diri dan keluarga anda.


3) Mengenalpasti apakah itu keperluan dan kehendak, agar dapat MENGELAKKAN pembaziran.
4) Mempraktikkan kaedah yang terbukti TERMUDAH dan terbaik dalam menguruskan kewangan.  





LANGKAH #1
Lengkapkan Borang Pendaftaran ini:




LANGKAH #2
Lengkapkan Kaji Selidik ini:

* Hanya Jika anda inginkan TAWARAN HEBAT lengkapkan kaji selidik ini




* 5 Pengunjung Pertama akan memperolehi 

       > 1 Tiket Workshop "Buku Wang Saku" 
       > 1 Set WorkBook "Buku Wang Saku"
       > 2 Tiket diskaun 50%, Workshop "Buku Wang Saku"




LANGKAH #3
KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA DALAM MASA 24JAM


PASTIKAN ANDA 
MENGETAHUI HARGA TIKET SEPERTI TERTERA DIBAWAH 
DAN MEGETAHUI 
CARA PEMBAYARAN





TERIMA KASIH ATAS MASA YANG ANDA BERIKAN, SEBARANG PERTANYAAN
SILA HUBUNGI KAMI DI:
1) +603. 7724. 1889
2) +6019. 661. 8889
ATAU
Email: nazril.idrus@gmail.com

Wednesday, February 17, 2010

Kaji Selidik "KAD KREDIT" (dan MENANGI "Buku Wang Saku"!

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk menjawab borang kaji selidik "Kubu Kewangan Selamatkan Saya". Kaji selidik ini mengambilmasa 5 minit daripada masa anda untuk disiapkan.


        Berikut adalah 7 Tips penggunaan Kad Kredit: 

# Ingat ! Kad Kredit Bukan Wang Percuma 

# Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau Sembilan

# Cajkan hanya untuk barangan yang anda mampu membayar

# Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang rendah. 

# Bayar kesemua baki  setiap bulan; bayar amaun lebih daripada amaun minimum bulanan anda. 

# Jika anda mempunyai 2 Kad Kredit untuk dibayar, jelaskan Kad yang berbaki RENDAH sehingga habis dahulu

# Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda dirumah atau 
  potong kesemua kad anda!  

Tinggalkan tabiat yang lepas, jangan ulangi kesilapan lagi!
 
*Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana menguruskan Kad Kredit, Sila TEKAN  video di bawah, 




Wednesday, February 10, 2010

INSURANS NYAWA

Tekan di sini untuk mula KAJI SELIDIK

7 PERHITUNGAN SEBELUM MEMBELI INSURANS POLISI...

1. GAYA HIDUP & KOMITMEN KEWANGAN
  • Jika anda mempunyai gaya hidup yang berisiko tinggi (contohnya seorang stuntman), memerlukan perlindungan (Sum Insured) yang lebih tinggi. Ia juga bergantung kepada komitmen kewangan anda

2. JENIS POLISI / PELAN
  • Apakah Manfaat mengambil insurans yang dipilih?

3. RISIKO YANG DITANGGUNG
  • Ketahui Risiko apa yang dilindungi dan yang tidak dilindungi?

4. TERMA & SYARAT
  • Ketahui Apa yang tidak ditanggung?

5. PREMIUM YANG PERLU DIBAYAR
  • Premium (belanja) dan kekerapan (setiap bulan/tahun) yang perlu dibayar berbanding dengan Jumlah RM yang akan ditebus kelak

6. SITUASI (DAN CARA) YANG MEMBENARKAN ANDA MEMBUAT TUNTUTAN
  • Contohnya kematian disebabkan accident atau bolehkah menuntut Tebusan kerana kematian atas sebab-sebab lain? Apakah Prosedur dan syarat untuk Menuntut (eg., perlu bayar dulu atau hanya 90% sahaja)
7. UMUR ANDA
  • Jika anda membeli insurans semasa lebih berumur, premium anda lebih tinggi berbanding semasa muda (kerana risiko lebih tinggi)

3 TIPS INSURANS UNTUK ANDA

1. PERLINDUNGAN

BELI INSURANS yang mempunyai PERLINDUNGAN yang TERTINGGI (bertetapan dengan keperluan anda tetapi) PREMIUM yang TERENDAH.  Jangan ianya menjadi sesuatu yang membebankan. Buat kajian kerana Premium antara Syarikat Insurans berbeza-beza.

2. JUMLAH PERLINDUNGAN

SAKIT/ KURANG UPAYA (Kejadian 1)
Perlindungan bergantung kepada Wang yang anda perlu jika anda Sakit Tenat / Kurang Upaya/ disebabkan Sakit atau Accident.  

KEMATIAN (Kejadian 2)
Jika anda mahu keluarga anda mendapat wang selapas kematian, anda perlu memilih Amaun yang perlu untuk mereka meneruskan hidup selepas kematian anda. (contohnya: Jika anda mahu keluarga anda meneruskan hidup seperti biasa selama 10 tahun selepas kematian anda, pengiraan adalah seperti berikut: 
Belanja Bulanan RM1,000 x 12 Bulan x 10 tahun = RM120,000 Perlindungan.  Kemudian kaji premium yang terendah untuk perlindungan ini!)

3. BANYAK ATAU KURANG?
Anda tidak mahu terlalu banyak / terlalu kurang insurans.  Pastikan ia berpatutan dengan apa yang anda perlu jika "kejadian" di atas berlaku.